24 November 2009

Sorok Widget Anda Tanpa Membuangnya (Hide Page Element)

Ada masa saya nak cuba sorok/sembunyikan page element (atau widget) blog saya. Saya taknak buang, tapi nak sorok je. Kalau buang, nanti abis la semua settings dia. Dah susah payah buat, sayang pulak nak buang. Mungkin jugak saya perlukan ia semula nanti. So bila cuba cari-cari, saya jumpa satu cara yang mudah.


Mulanya kita identify page element mana yang kita nak sorok. Contoh kat bawah ni, saya nak sorok Chat Box saya ni. So saya dapatkan tajuk dia (yang kita isi masa kita nak taruk widget tu). Di sini, tajuk yang saya berikan hari tu ialah, "Real Time Chat".






Pergi ke dashboard anda, dan klik Settings -> Edit HTML.


Cari tajuk widget anda tadi, dalam kes saya, "Real Time Chat". Kalau guna FireFox, anda boleh tekan Ctrl-F dan satu kotak Find ada di bawah browser tu. Taip je nama widget yang nak dicari dan tekan Enter.

Dalam contoh saya, ini yang saya jumpai bila buat carian:

<b:widget id='HTML1' locked='false' title='Real Time Chat' type='HTML'/>

Perhatikan "widget id=HTML1" itu. Jadi ini bermakna, apa yang anda perlukan di sini ialah HTML1 itu. Ini adalah kod merujuk kepada widget itu.

Selepas itu, cari pula kod seperti di bawah ini (biasanya sebelah atas),

<b:skin><![CDATA[/*

Dan masukkan kod ini di sebelah bawah kod tadi,

#HTML1 {
display:none;
}

Dan 'save' kan template anda itu dan lihat hasilnya. Widget itu telah tersembunyi namun masih ada untuk anda sekiranya anda memerlukannya kembali. Hanya buang kod itu untuk mendapatkannya kembali. Mudah je kan?

Harap ini membantu!

20 November 2009

Takde dah rasa segan...

Kot ye pun nak bercinta, takyah la macam tu sekali. Dalam kereta pun jadi. Ngape la gamoknya bebudak muda macam ni, agaknya dah terlalu berani.





Masa gambor ni diamik, saya kat Kuantan. Diaorang ni amik kesempatan, masa lampu merah menyala di tengah jalan. Agaknya dah lama merindu, ini saat yang ditunggu-tunggu. Maklum saja, dah lama menanti saat itu.

Elok je bertudung, tapi cara tu nampak sangat serong.

14 November 2009

Logo HALAL

Ada satu artikel dalam suratkhabar bebaru ni, pasal Logo Halal. Kita mungkin biasa nengok logo halal pada produk yang kita beli tiap-tiap hari. Tapi perasan ke tak, logo tu kengkadang gini, kengkadang gitu. Mana satu hok betuinye? Kengkadang kita ikut dan jek, asal ada jek tulis halal, kita pun beli.




Dalm artikel tu, ada disiarkan logo halal rasmi yang sebenarnya, seperti dikeluarkan JAKIM. Gambar di atas saya snap terus dari artikel tu. Perhatikan ciri-ciri dia dan kalau membeli barang tu, tengok betul-betul dulu. Tapi yelah, mende gini boleh ditiru, sedangkan logo guna stiker hologram pun orang tiru, ini pulak printing macam ni je.

Walaubagaimanapun, harap-harap kita lebih prihatin lepas ni.

12 November 2009

Rindu kat dia...

Sebenarnya, saya ni teringat kat anak-anak saya. Rindu pulak rasanya. Diaorang ada di rumah mertua. Isteri berpantang di sana. Alhamdulillah, baru dapat baby boy pada 02 November lepas. Semuanya berjalan dengan baik, kecuali baby yang kuning sikit. Biasa la.


Si abang, Muhammad Fakrullah dan si adik, Muhammad Fadhlullah

Anak saya yang sulung tu, berumur 4 tahun. Dia ni bijak bercakap, ada je perkataan-perkataan yang dia bina kengkadang tu menggelikan hati. Memang penawar segala duka dan penyakit nengok gelagat dia. Dia suka bertanya, dan saya sedaya upaya menjawab dengan sebaik mungkin kepada dia, kerana saya tau dia ingin belajar. Saya tak suka beri jawapan sebarangan, tapi biasanya jawapan yang saya beri tu masuk akal, dan boleh diterima oleh anak saya ni.

Satu hari, masa kat kompleks membeli belah, kami sepatutnya makan dahulu sebelum berjalan-jalan di dalam tempat tu. Anak saya pada asalnya nak makan mi goreng (favourite dia). Dia ternampak taman permainan kanak-kanak berdekatan dengan tempat makan, maka dia mulalah taknak makan sebab nak pegi main.

Mi yang dipesan dah sampai, jadi kami beritau dia supaya makan dulu, baru pergi main. Dia kata, "Taknak, abang rasa macam nak muntah". Saya bertanya lagi, "Abis tu, tadi kenapa mintak mi kalau taknak makan?" Dia selamba je jawab, "Untuk hiasan je".

Memang saya ada pernah beri jawapan "untuk hiasan je" satu hari dulu. Nah, dia dah jawab balik apa yang kita pernah beritau dia. Budak sekarang, bijak!

16 October 2009

Melentur buluh biar dari rebungnya

P9260173_2


Biasala kalau sekarang ni kita dengar orang mengeluh, "Hissshhh... bebudak muda sekarang ni, tak macam dulu-dulu! Makin menjadi-jadi perangai!". Macam-macam la masalah yang budak-budak zaman sekarang ni buat. Dengan masalah dadah, arak, runtuh moral, jenayah dan lain-lain. Kita selalu sangat mengata kat diaorang.

Tapi kita ingat ke tidak? Siapa yang besarkan diaorang semua ni? Bukan kita ke?

Pernah tak kita tanya diri kita, kita bagi makan kat diaorang hari tu, hasil dari kerja kita yang halal ke? Atau hasil rasuah dan hasil penipuan? Takpun, adakah ia datang dari hasil subahat kita menipu invois atau menyeleweng masa nak buat tuntutan (claim) perjalanan?

Nampak macam kecik je kan? Tuang minyak RM20 je, tapi suruh la si atendan pam minyak tu tulis RM50. Pastu claim kat kompeni RM50. Wah, senang-senang dapat RM30. Easy money man!! Fuh, pedas tuu... mesti pedas kepada sesetengah yang makan lada. Saya ni bukanla baik sangat, saya sendiri pun pernah buat (hanya sekali atau dua je la). Atas kesedaran inilah saya ingin berubah. Mohlah kita sama-sama hentikan buat menda gini.

Hasil 'keuntungan' RM30.00 tu beli pulak makanan. Nasi ayam 4 bungkus, biskut tawar setin, air milo ais. Balance tu masuk tabung. Nasi ayam bagi makan anak dengan isteri pulak. Macam mana kira tu? Hasil makanan yang datang dari 'keuntungan' tadi menjadi darah dan daging anak isteri.

Kalau kerap sangat macam tu, jangan pelik pulak nanti bila isteri tak dengar nasihat atau anak tak dengar kata. Mungkin juga mereka ni menjadi keras kepala dan tak hormat pada orang tua. Salah siapa pulak ye? Salah zaman sekarang ke? Saya rasa, banyak percentage kesalahan tu terletak kat bahu kita. Mungkin tak 100%, tapi besar percentage dia.

Ya, melentur buluh, biarlah dari rebungnya. Tapi, untuk melentur buluh itu, pengisian di dalamnya (macam makanan, tunjuk ajar) mestilah datang dari sumber yang bersih. Hasil pendapatan yang baik dan tidak menganiaya orang lain. Harap-harap hasil kerja atau gaji kita, diklasifikasikan sebagai halal dan diredhai Allah untuk kita makan dan guna. Bagi saya, halal ini besar pengertian dan kupasannya. Marilah kita sama-sama berusaha ke arah mendapat keredha'an Illahi, amiiin.

Muhasabah diri! Anda buat, anda dapat! Hehehehe.... pinjam kata-kata Dato' Ustazah Siti Norbaiyah (maaf jika ejaan nama beliau ada kesilapan).

09 October 2009

Ujian Kod Morse (CW) di Cyberjaya

Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan baik.

2 Blog abang dan adik saya dah banyak menceritakan tentang perkara ni. Boleh rujuk kat sini :


Saya taknak la cerita benda yang sama, tapi nak jugak cerita benda yang berkaitan, yang bagi saya menarik untuk dikongsi.

CW Keyer buatan sendiri (homebrewed). Ho 9W2HOO ada bawa dua kekunci ni ke Kuala Lumpur dan saya sempat la nak test alat ni. Simple je, tapi memang berkesan. Tone yang dikeluarkannya pitch tinggi, tapi memang menusuk telinga la. Hehehehe..




Ini kerja-kerja real ham radio, bila dah mula buat antena sendiri, keyer sendiri dan lain-lain. Tidak hanya sekadar QSO sahaja di jaluran. Syabas buat abang Ho.

Fuh, yang ni Yaesu VX8. Kalau la harga dia murah, dah lama sambar. Memang berminat betul tapi apa kan daya, takde kemampuan lagi. Yang mampu hanya pegang, amik gambar dan simpan buat kenangan. Takpe, satu hari nanti, insya Allah akan dapat satu. Ni Pak Nordin 9M2NM punya. Siap ada GPS unit tu. Tengok kat display dia, itu koordinat kami masa kat parking lot MCMC.




Ada jugak rakan yang bawak klasik punya Power Meter. Memang antik dan dikatakan amat tepat ukuran dia. Saya nak describe pun tak reti, tapi memang kelas la barang dia. Berat pulak tu. Hehehe...



Ada juga yang bawa paddle CW keyer. Fuh memang berair mulut la bila pandu uji jenis ni. Rare, susah nak dapat katanya. Ada yang sanggup bayar 6-7 ratus untuk jenis ni. Banyak function, WPM speed, narrow atau wide touch, volume dan lain-lain. Dapat gak la buat huruf L sepantas kilat. Jari pun tak letih... hehehe...




Ni pulak keadaan dalam dewan ujian (MCMC punya dewan auditorium). Tengah standby untuk ujian penerimaan. Susunan dia macam ni la, selang (atau orang Pahang panggil "tengke") beberapa buah kerusi depan dan belakang calon di asingkan. Tu kelihatan calon-calon yang gementar dan over confident pun ada hehehe.. Tu muka yang paling jelas tu 9W2SZA. Tak berjaya, tapi akan cuba lagi tahun depan - cayalah!!



 

Ni gambar rakan-rakan yang berjaya lulus ujian penghantaran. Amik peluang untuk dapatkan tandatangan 9M kat borang, walaupun masih awal, mana yang lulus tu nak prepapre siap-siap nanti senang. Maklumlah, Pak Nordin 9M2NM susah nak tangkap, jadi cepat-cepat mintak dia sign. Lagi sorang 9M tu bang Mazru 9M2MZR pun dah turunkan tandatangan dia.



Akhir sekali, tahniah pada yang berjaya, dan cuba lagi pada yang tidak. Terima kasih kepada ramai rakan yang datang memberi sokongan terutrama kepada bang Mazru 9M2MZR, bang Vizal 9W2VMS dan Pak Nordin 9M2NM. Tidak lupa pada otai 9M dan rakan-rakan 9W yang lain. You rock!

18 September 2009

Salam Raya Kepada Semua

Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya pada rakan-rakan Muslim dan selamat bercuti kepada semua. Maaf zahir dan batin.

Saya akan bercuti panjang dari 18 hingga 27 September 2009. Raya sakan la kata orang.


17 September 2009

Konvoi Buka Puasa Satria GTi Club Cawangan Pantai Timur

Cerita agak lama ni, Ahad lepas punya aktiviti. Saja je la nak bercerita. Memang seronok la, dapat berkonvoi ke negeri Terengganu. Memang la dekat je Kuantan dengan Kemaman, tapi feeling berkonvoi tu lain. Dah lama tak buat keje ni, so kali ni ada peluang cepat cepat sambar.

Berkumpul dengan kawan-kawan di stesen Petronas Balok, memang bagus la timing diaorang ni. Memang tepat pada masa, janji berkumpul jam 5.00 petang, memang sampai betul pada masanya. Dalam 5.20ptg gitu gerak dengan kekuatan 6 buah GTi dan sebuah Swift Sport adik saya, Firdaus (9W2FRD). Perjalanan mengambil masa dalam 40 minit saja untuk sampai ke destinasi di Kemaman, atas sikit dari Bandar Chukai.

Saya hari tu sebagai leader untuk konvoi (kami panggil Zero) dan Last Car Firdaus. Ramai yang puji Firdaus dengan cara dia menjadi Last Car. Informasi pun banyak so saya kat depan sentiasa dapat maklumat yang pantas tentang apa yang berlaku kat belakang.


Sebelum tu berhenti kejap di RnR Chendor untuk tunggu sorang lagi rakan GTi dari Kemaman (sebagai Tuan Rumah) pada hari tu. Kami tak tau restoran tu kat mana so kena la tunggu member sorang ni. Dia ambik alih sebagai Zero untuk sampai ke kedai tu.


Restoran tu memang besar, parking pun agak luas. Tapi sebab ramai sangat orang datang, abis melimpah. Siap double park lagi. Kereta kami terperangkap la kejap, mujur jugak datang awal, dapat parking cun sebelah menyebelahi antara satu dengan yang lain.


Makanan dia? Peh, memang sedap la. Berbaloi la kiranya belanja dalam RM20.00 untuk sorang dewasa. Itupun banyak berlebih, menu dia boleh tahan untuk hari tu. Thanks to Tuan Rumah, Jai atas menu istimewa yang kamu pesan. Tomyam dia berasap gak la... tapi sedap wooo...

 


Cuma, tak best sikit Firdaus dengan sepupu kami, Marwan (9W2WFA) dan seorang lagi rakan yang kebetulan ada di Kemaman, Rusdi (9W2RRB) tak dapat join kami sekali sebab dah penuh sangat dah meja kami tu. Memula depa dok kat meja lain, tapi alih-alih gi ke restoran seberang sebab tak dapat nak join sama. Sebenarnya, boleh sangat share lauk yang berlebih tu.....


Lepas makan, ada pulak surprise, kek harijadi saya la! 12hb 09 tarikh lahir saya, so rupanya isteri saya Zana (9W2RZS) ada buat satu rancangan nak buat kejutan kek coklat. Memang sedap gile kek tu, hehehe... Tima kasih laa, tak sangka langsung sebenornya.

Sebelum balik, kami singgah kejap kat waterfront (tak sure nama dia apa) untuk borak-borak sambil biar anak anak main kat taman permainan tepi tu. Ada gak la bincang nak buat apa lepas ni, kebanyakannya suggest lepas raya la.


Kami gerak balik kalau tak silap dalam 9pm lebih la (kantoi Terawih!!) ke destinasi masing-masing. Memang puas hati, dan syukur kepada Allah, semuanya berjalan dengan lancar dan selamat. Lain kali buat lagi!!!

Cerita dan gambar dari Firdaus kat blog Ham Kerayong/Bera tentang aktiviti ini pun ada. KLIK SINI

09 September 2009

Pakaian Taktikal Tiruan?


Saya ni minat gak dengan pakaian taktikal yang selalu askar atau polis atau pasukan keselamatan pakai. Nampak memang "exclusive" la, sebab orang kebanyakan biasanya tak dapat peluang nak pakai. Ini government issue, so tak jual kat kedai.

Tapi kebelakangan ini, banyak pembuat pakaian dah mula meniru pakaian sebegini dan replika atau salinan yang serupa dijual di pasaran terbuka. Saya tak pasti sama ada ini menyalahi peraturan, sebab macam pernah dengar kita tak boleh pakai pakaian celoreng tak tentu pasal. Tak tau la.


So, saja nak cerita je la ni. Kat Kuantan ada la macam bazar terbuka berhampiran terminal bas Kuantan. Dalam banyak-banyak gerai tu, gerai ni la mendapat perhatian saya. Ada macam-macam pakaian dan alatan berkaitan taktikal yang dijual di sini. Holster, pouch, tali pinggang, vest, topi dan lain-lain.

Geram gak nak beli, tapi duit tak berapa nak ada so tengok je la. Vest warna hitam (yang ada perkataan POLICE) tu dia punya tag  harga dalam RM180 kalau tak silap. Mahalnya!!!

Mungkin satu hari esok kalau ada duit lebih, boleh gak sambar sehelai dua. Hehehe...

02 September 2009

Kuih buat sendiri jugek yang sedap

Kalau saya balik ke rumah mertua, biasanya saya akan makan banyak. Tak tau la kenapa, tapi selalunya macam tu la, mungkin suasana dan aneka makanan kat situ kot? Kalau balik rumah orang tua saya pulak, sama jugak ceritanya. Mesti nak makan banyak. Kalau kat rumah sendiri di Pekan, sampai berkulat la roti tu tak bermakan.

Mungkin agaknya selera bertambah bila kita berdekatan dengan keluarga tersayang. Rasa selamat, rasa seronok, rasa senang hati biasanya kalau balik kampung ni. Masalah biasanya akan tolak tepi (tak selesai la lagi) tapi lupakan dulu. Peluang yang ada pun boleh kita guna untuk menziarahi orang tua dan bertanya khabar, tak lupa nak minta ampun atas segala kesilapan lampau.

Kebetulan masa balik rumah mertua bebaru ni, saya membantu di dapur (biasanya tido je kat sana). Sabtu baru ni kami buat 2 jenis kuih. Mak mertua kata, kuih "bodoh-bodoh" je. Kuih gula melaka dengan kuih qasidah. Hehehe.. tak tau la betul ke tak eja tu.

Kuih Qasidah ni, yang uniknya, rasa dia. Diperbuat dari tepung yang dicampur sedikit garam dan gula, dan yang unik sekali bila ditabur bawang goreng kat atas dia. Itu yang unik, sebab rasa dia manis masin dan berminyak berbawang! Herhehe....

Tapi sayang sekali, saya dapat makan sepotong je mase berbuka hari tu, sebab lupa nak bawak balik ke Pekan. Sepatutnya bungkus balik buat bersahur atau makan dalam perjalanan, tapi lupa. Mujur la kena jugak sepotong, kalau tak sia-sia je kacau bagai nak rak masa dalam pembikinan.

21 August 2009

Ramadhan muncul lagi! Yahooo!!

Esok, Sabtu 22 Ogos 2009 kita umat Islam akan mula berpuasa. Cepat betul masa berlalu, rasanya baru je abis puasa tahun lepas. Hehehe..

Alhamdulillah, sempat lagi rupanya nak puasa tahun ni, harap sempat sampai ke Hari Raya, yelah, kita tak tau bila hari kita nak ke alam lain kan? Jadi jomlah kita gunakan kesempatan bulan yang penuh keberkatan ni untuk mempertingkatkan kuantiti serta kualiti amal ibadat kita.

Ramadhan | Blog Maza

Saya berpendapat,

Kengkadang kita anggap kita ni orang yang susah. Bila kita tak dapat nak bawak anak isteri ronda ronda bandar sambil pandu kereta kita, kita rasa kita ni tak cukup berada. Bila kita masuk ke dalam kedai barangan sukan dan nampak Kasut Nike yang kita minat, kita tak dapat beli sebab duit yang ada cukup cukup untuk bayar bil telefon, bil elektrik dan minyak petrol. Kita mula rasa kita ni orang yang susah.

Tapi, bila pikir pikir semula, kita sebenarnya dah cukup senang, bila kita nampak ada kakak yang terpaksa mendukung 1 baby, cebet (bimbit) plastik berisi gula dan sayuran sambil seorang lagi pegang tangan dia untuk lintas jalan sebab nak tunggu bas untuk balik. Bila kita dengar ada orang yang nak makan malam pun tak dapat sebab duit siang tadi dah habis sebab dah bagi anak belanja sekolah.

Tak, saya takde niat nak merendah-rendahkan orang yang naik bas atau orang yang terpaksa ikat perut untuk bagi anak belanja sekolah. Tidak sama sekali, tujuan saya ialah untuk mengingatkan diri saya sendiri yang kita perlu sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada. Bersyukur sambil cuba memperbaiki diri supaya dapat apa yang kita ingini. Yelah, usaha kena ada, tak boleh dok diam dan berdoa aje.

Moralnya, muhasabah diri untuk mengenali diri. Bersyukur dengan pemberian Allah. Berusaha untuk mendapatkan kekeayaan yang Allah sediakan. Apabila berada di bawah (susah), jangan lupa ada orang yang lebih bawah (lebih susah) dari kita. Dan bila berada di atas (kaya), jangan lupa, kita tidaklah yang paling atas, ada yang lagi atas (lagi kaya) pada kita.

Berpuasa, dalam hal ini, mengingatkan kita dan mampu menginsafkan kita tentang kehidupan harian. Kita sama-sama merasai macam mana kalau tak makan sepanjang hari. Sama-sama mengelakkan diri dari melakukan perkara-perkara lain (selain makan/minum) yang boleh membatalkan puasa. Ramai orang yang tiap-tiap hari tak dapat makan dengan mudah, tak perlu dalam bulan puasa pun. Memang dia tak mampu nak makan macam kita makan tiap-tiap hari.

Jangan lupa niat puasa kang!

20 August 2009

Macam mana nak tukar 'favicon'?

Sehari dua ni saya rajin sikit mengejas layout blog saya ni. Jadi saya terjumpa cara nak menukar favicon Blogger yang oren tu kepada apa apa gambar yang kita nak (yang bersesuaian la).

Apa tu favicon (favourite icon)? Ianya adalah ikon kecil yang biasanya mewakili laman yang kita lawati. Contoh ada kat bawah.


Jadi, untuk mendapatkan sentuhan yang lebih peribadi, kita taruk kita punya favicon sendiri bagi menggantikan yang standard. Kalau kat Blogger, ikon oren tu la yang standard.

Saya cuba terangkan dengan cara yang mudah dan cepat supaya kita sama-sama tak pening kepala.

1. Pilih gambar untuk dijadikan favicon, atau buat sendiri. Saya lebih suka buat sendiri, pakai la apa-apa software yang sesuai, saya biasa guna Photoshop. Saiz dia ialah 22px x 22px. Ada yang kata 16px x 16px, tapi saya buat kat 22px okey je. Besor sikit hehehe. Saya savekan ke FAVICON.PNG dan upload kat laman web saya. Anda boleh guna jugak image hoster yang lain macam Photobucket ke, Flickr ke. Saya biasanya tukar extension .PNG tu kepada .ICO sebelum upload. (tak pasti ini diterima atau tidak di dalam Flickr, Photobucket etc.)

2. Kalau taknak buat sendiri, ada berlambak favicon yang sedia digunakan di internet. Atau, boleh gunakan favicon generator, pun banyak kat internet. Kat sini ada satu contoh generator, di mana kita boleh buat favicon kita dari gambar pilihan kita. Kita boleh jugak hostkan favicon kita di laman itu secara percuma, so tak perlu upload ke server kita atau ke image hoster yang lain macam Flickr, Photobucket etc. Sini link dia = KLIK.

3. Pergi ke blogger settings, ke bahagian Layout Edit HTML. Cari kod ini di dalam HTML anda tu, dia ada kat belah atas sikit... lebih kurang gini kod dia :

<title>data:blog.pagetitle/</title>

Masukkan pulak kod ini DI BAWAH kod di atas tadi :

<link href="http://link kedudukan favicon yang anda upload/host tadi" rel="shortcut icon"></link>

Contoh :
<link href="http://www.radiomeal.com/pics/favicon.ico" rel="shortcut icon"></link>

4. Kalau anda gunakan favicon generator seperti contoh di No. 2, anda boleh terus copy kod yang dah disediakan tu dan tampal je kat HTML anda.

5. Save dan cuba refresh blog anda tu. Ada tak perubahan? Jika tiada, anda perlu clear cache dulu pastu try lagi.

Selamat mencuba!!

p.s. Silakan beri komen jika ini membantu atau ada cadangan lain.

18 August 2009

Satria GTi Inter-Regional Club Members Gathering

Boy we had a blast. It was long ago since I last joined any of the club's activities. I really miss all the actions, laughter, and of course good food.

This was one event, realised from a spontaneous idea. Planned out for just like few weeks, I really think the Central guys did a very good job, well, as usual.

I don't have any ideas to write so just enjoy the pics I took, with my PnS compact camera. Mind the basic PP on the photos. Just had free times that's all.

RV at MSI Mutiara Damansara before proceeding to lunch place

The easterners (Pahang) guys thirsty as hell but kept cool.

Lunch place, Subak restaurant somewhere in Damansara. Very calm and refreshing with surrounding greenery. Good food (and quite expensive) too!!

Another angle shot. Check out those leaves!

A group photo not to be missed. Me was sitting at the front. Am I that fat?

Nice bridge entering Putrajaya's Government office complex (I think so).

This was the first time I'm here and I was astounded by the buildings!!

Just a low angle shot of my car and the mosque behind. Nice eh? I mean the mosque la..

Rows of GTi-s before warned by the police to rearrange parking position. Hehehehe...

Delicious banana split that is worth to be mentioned. Two scoops of two different flavours of ice-cream, topped with those fancy cream toppings, choco & strawberries what do you call that, nuts, slices of banana and a cookie. RM6.90 only!!

Ah yes, another small group photo. Me looking thinner here. Hehehe... sorry Naz!!

Last stop. Dinner near the seaside, or was it "kuala" or something at Pulau Jeram. Up north at Kuala Selangor I guessed. I was filled with good food for just like RM30.00 for me, wifey and kid. Talk about reasonable price huh?

Buat blog jugek la...

Saya dah ada satu blog yang berkaitan dengan perniagaan kecil saya. Tapi banyak benda yang tak dapat saya tulis kat situ sebab ianya tak relevan dengan kerja. Jadi ingat, nak buat jugak la yang saya sendiri pulak. Macam syok pulak nulih blog ni.

So, kat sini saya nak tulih apa apa aje yang saya rasa nak share dengan anda semua. Harap tulisan saya ni boleh mengurangkan tekanan (jika ada) dan boleh jugak memanfaatkan pembaca (mana yang berkaitan laaa).

Saya abihkan 1-2 hari gak la nak cuba layout blog ni. 3 kolum. Try la ejas sana sini sikit, tapi tak berapa nak reti lagi. So setakat ni, yang ni la kot? Kalau dah pandai esok bleh ejas banyak lagi.

OK jumpa lagi bila dah idea baru nanti.