16 October 2009

Melentur buluh biar dari rebungnya

P9260173_2


Biasala kalau sekarang ni kita dengar orang mengeluh, "Hissshhh... bebudak muda sekarang ni, tak macam dulu-dulu! Makin menjadi-jadi perangai!". Macam-macam la masalah yang budak-budak zaman sekarang ni buat. Dengan masalah dadah, arak, runtuh moral, jenayah dan lain-lain. Kita selalu sangat mengata kat diaorang.

Tapi kita ingat ke tidak? Siapa yang besarkan diaorang semua ni? Bukan kita ke?

Pernah tak kita tanya diri kita, kita bagi makan kat diaorang hari tu, hasil dari kerja kita yang halal ke? Atau hasil rasuah dan hasil penipuan? Takpun, adakah ia datang dari hasil subahat kita menipu invois atau menyeleweng masa nak buat tuntutan (claim) perjalanan?

Nampak macam kecik je kan? Tuang minyak RM20 je, tapi suruh la si atendan pam minyak tu tulis RM50. Pastu claim kat kompeni RM50. Wah, senang-senang dapat RM30. Easy money man!! Fuh, pedas tuu... mesti pedas kepada sesetengah yang makan lada. Saya ni bukanla baik sangat, saya sendiri pun pernah buat (hanya sekali atau dua je la). Atas kesedaran inilah saya ingin berubah. Mohlah kita sama-sama hentikan buat menda gini.

Hasil 'keuntungan' RM30.00 tu beli pulak makanan. Nasi ayam 4 bungkus, biskut tawar setin, air milo ais. Balance tu masuk tabung. Nasi ayam bagi makan anak dengan isteri pulak. Macam mana kira tu? Hasil makanan yang datang dari 'keuntungan' tadi menjadi darah dan daging anak isteri.

Kalau kerap sangat macam tu, jangan pelik pulak nanti bila isteri tak dengar nasihat atau anak tak dengar kata. Mungkin juga mereka ni menjadi keras kepala dan tak hormat pada orang tua. Salah siapa pulak ye? Salah zaman sekarang ke? Saya rasa, banyak percentage kesalahan tu terletak kat bahu kita. Mungkin tak 100%, tapi besar percentage dia.

Ya, melentur buluh, biarlah dari rebungnya. Tapi, untuk melentur buluh itu, pengisian di dalamnya (macam makanan, tunjuk ajar) mestilah datang dari sumber yang bersih. Hasil pendapatan yang baik dan tidak menganiaya orang lain. Harap-harap hasil kerja atau gaji kita, diklasifikasikan sebagai halal dan diredhai Allah untuk kita makan dan guna. Bagi saya, halal ini besar pengertian dan kupasannya. Marilah kita sama-sama berusaha ke arah mendapat keredha'an Illahi, amiiin.

Muhasabah diri! Anda buat, anda dapat! Hehehehe.... pinjam kata-kata Dato' Ustazah Siti Norbaiyah (maaf jika ejaan nama beliau ada kesilapan).

09 October 2009

Ujian Kod Morse (CW) di Cyberjaya

Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan baik.

2 Blog abang dan adik saya dah banyak menceritakan tentang perkara ni. Boleh rujuk kat sini :


Saya taknak la cerita benda yang sama, tapi nak jugak cerita benda yang berkaitan, yang bagi saya menarik untuk dikongsi.

CW Keyer buatan sendiri (homebrewed). Ho 9W2HOO ada bawa dua kekunci ni ke Kuala Lumpur dan saya sempat la nak test alat ni. Simple je, tapi memang berkesan. Tone yang dikeluarkannya pitch tinggi, tapi memang menusuk telinga la. Hehehehe..




Ini kerja-kerja real ham radio, bila dah mula buat antena sendiri, keyer sendiri dan lain-lain. Tidak hanya sekadar QSO sahaja di jaluran. Syabas buat abang Ho.

Fuh, yang ni Yaesu VX8. Kalau la harga dia murah, dah lama sambar. Memang berminat betul tapi apa kan daya, takde kemampuan lagi. Yang mampu hanya pegang, amik gambar dan simpan buat kenangan. Takpe, satu hari nanti, insya Allah akan dapat satu. Ni Pak Nordin 9M2NM punya. Siap ada GPS unit tu. Tengok kat display dia, itu koordinat kami masa kat parking lot MCMC.




Ada jugak rakan yang bawak klasik punya Power Meter. Memang antik dan dikatakan amat tepat ukuran dia. Saya nak describe pun tak reti, tapi memang kelas la barang dia. Berat pulak tu. Hehehe...



Ada juga yang bawa paddle CW keyer. Fuh memang berair mulut la bila pandu uji jenis ni. Rare, susah nak dapat katanya. Ada yang sanggup bayar 6-7 ratus untuk jenis ni. Banyak function, WPM speed, narrow atau wide touch, volume dan lain-lain. Dapat gak la buat huruf L sepantas kilat. Jari pun tak letih... hehehe...




Ni pulak keadaan dalam dewan ujian (MCMC punya dewan auditorium). Tengah standby untuk ujian penerimaan. Susunan dia macam ni la, selang (atau orang Pahang panggil "tengke") beberapa buah kerusi depan dan belakang calon di asingkan. Tu kelihatan calon-calon yang gementar dan over confident pun ada hehehe.. Tu muka yang paling jelas tu 9W2SZA. Tak berjaya, tapi akan cuba lagi tahun depan - cayalah!!



 

Ni gambar rakan-rakan yang berjaya lulus ujian penghantaran. Amik peluang untuk dapatkan tandatangan 9M kat borang, walaupun masih awal, mana yang lulus tu nak prepapre siap-siap nanti senang. Maklumlah, Pak Nordin 9M2NM susah nak tangkap, jadi cepat-cepat mintak dia sign. Lagi sorang 9M tu bang Mazru 9M2MZR pun dah turunkan tandatangan dia.



Akhir sekali, tahniah pada yang berjaya, dan cuba lagi pada yang tidak. Terima kasih kepada ramai rakan yang datang memberi sokongan terutrama kepada bang Mazru 9M2MZR, bang Vizal 9W2VMS dan Pak Nordin 9M2NM. Tidak lupa pada otai 9M dan rakan-rakan 9W yang lain. You rock!