21 August 2009

Ramadhan muncul lagi! Yahooo!!

Esok, Sabtu 22 Ogos 2009 kita umat Islam akan mula berpuasa. Cepat betul masa berlalu, rasanya baru je abis puasa tahun lepas. Hehehe..

Alhamdulillah, sempat lagi rupanya nak puasa tahun ni, harap sempat sampai ke Hari Raya, yelah, kita tak tau bila hari kita nak ke alam lain kan? Jadi jomlah kita gunakan kesempatan bulan yang penuh keberkatan ni untuk mempertingkatkan kuantiti serta kualiti amal ibadat kita.

Ramadhan | Blog Maza

Saya berpendapat,

Kengkadang kita anggap kita ni orang yang susah. Bila kita tak dapat nak bawak anak isteri ronda ronda bandar sambil pandu kereta kita, kita rasa kita ni tak cukup berada. Bila kita masuk ke dalam kedai barangan sukan dan nampak Kasut Nike yang kita minat, kita tak dapat beli sebab duit yang ada cukup cukup untuk bayar bil telefon, bil elektrik dan minyak petrol. Kita mula rasa kita ni orang yang susah.

Tapi, bila pikir pikir semula, kita sebenarnya dah cukup senang, bila kita nampak ada kakak yang terpaksa mendukung 1 baby, cebet (bimbit) plastik berisi gula dan sayuran sambil seorang lagi pegang tangan dia untuk lintas jalan sebab nak tunggu bas untuk balik. Bila kita dengar ada orang yang nak makan malam pun tak dapat sebab duit siang tadi dah habis sebab dah bagi anak belanja sekolah.

Tak, saya takde niat nak merendah-rendahkan orang yang naik bas atau orang yang terpaksa ikat perut untuk bagi anak belanja sekolah. Tidak sama sekali, tujuan saya ialah untuk mengingatkan diri saya sendiri yang kita perlu sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada. Bersyukur sambil cuba memperbaiki diri supaya dapat apa yang kita ingini. Yelah, usaha kena ada, tak boleh dok diam dan berdoa aje.

Moralnya, muhasabah diri untuk mengenali diri. Bersyukur dengan pemberian Allah. Berusaha untuk mendapatkan kekeayaan yang Allah sediakan. Apabila berada di bawah (susah), jangan lupa ada orang yang lebih bawah (lebih susah) dari kita. Dan bila berada di atas (kaya), jangan lupa, kita tidaklah yang paling atas, ada yang lagi atas (lagi kaya) pada kita.

Berpuasa, dalam hal ini, mengingatkan kita dan mampu menginsafkan kita tentang kehidupan harian. Kita sama-sama merasai macam mana kalau tak makan sepanjang hari. Sama-sama mengelakkan diri dari melakukan perkara-perkara lain (selain makan/minum) yang boleh membatalkan puasa. Ramai orang yang tiap-tiap hari tak dapat makan dengan mudah, tak perlu dalam bulan puasa pun. Memang dia tak mampu nak makan macam kita makan tiap-tiap hari.

Jangan lupa niat puasa kang!

2 comments:

mazru said...

ye terasa keinsafan menyelinap dlam diri ini..huhuhu

Anonymous said...

Masa komen ni, dah nak bersahur ke? Kul 4 pagi gayanya... hehehe