Kalau saya balik ke rumah mertua, biasanya saya akan makan banyak. Tak tau la kenapa, tapi selalunya macam tu la, mungkin suasana dan aneka makanan kat situ kot? Kalau balik rumah orang tua saya pulak, sama jugak ceritanya. Mesti nak makan banyak. Kalau kat rumah sendiri di Pekan, sampai berkulat la roti tu tak bermakan.
Mungkin agaknya selera bertambah bila kita berdekatan dengan keluarga tersayang. Rasa selamat, rasa seronok, rasa senang hati biasanya kalau balik kampung ni. Masalah biasanya akan tolak tepi (tak selesai la lagi) tapi lupakan dulu. Peluang yang ada pun boleh kita guna untuk menziarahi orang tua dan bertanya khabar, tak lupa nak minta ampun atas segala kesilapan lampau.
Kebetulan masa balik rumah mertua bebaru ni, saya membantu di dapur (biasanya tido je kat sana). Sabtu baru ni kami buat 2 jenis kuih. Mak mertua kata, kuih "bodoh-bodoh" je. Kuih gula melaka dengan kuih qasidah. Hehehe.. tak tau la betul ke tak eja tu.
Kuih Qasidah ni, yang uniknya, rasa dia. Diperbuat dari tepung yang dicampur sedikit garam dan gula, dan yang unik sekali bila ditabur bawang goreng kat atas dia. Itu yang unik, sebab rasa dia manis masin dan berminyak berbawang! Herhehe....
Tapi sayang sekali, saya dapat makan sepotong je mase berbuka hari tu, sebab lupa nak bawak balik ke Pekan. Sepatutnya bungkus balik buat bersahur atau makan dalam perjalanan, tapi lupa. Mujur la kena jugak sepotong, kalau tak sia-sia je kacau bagai nak rak masa dalam pembikinan.
2 comments:
balik rumah dikerayong minggu ni tak de kue nampaknya.tak de ilham lgi nak buat kue apa sbb perut tengah kenyang ni. merasa lah juga buat kue qasidah tu , ma tak pernah lagi buat kue tu, masa kecik dulu pernahlah makan , mok mama yang buat.
baguslah rajin nolong mak mentua didapur jangan asyik nak tido je.
Haha... tido tu memang la bes. Bes dalam mengurang markah pahala puasa.
Samprit bunga Cina mama memang kelas la. Setakat ni the best la yang pernah rasa. Kalau jual tu laku....
Post a Comment