09 September 2009
Pakaian Taktikal Tiruan?
Saya ni minat gak dengan pakaian taktikal yang selalu askar atau polis atau pasukan keselamatan pakai. Nampak memang "exclusive" la, sebab orang kebanyakan biasanya tak dapat peluang nak pakai. Ini government issue, so tak jual kat kedai.
Tapi kebelakangan ini, banyak pembuat pakaian dah mula meniru pakaian sebegini dan replika atau salinan yang serupa dijual di pasaran terbuka. Saya tak pasti sama ada ini menyalahi peraturan, sebab macam pernah dengar kita tak boleh pakai pakaian celoreng tak tentu pasal. Tak tau la.
So, saja nak cerita je la ni. Kat Kuantan ada la macam bazar terbuka berhampiran terminal bas Kuantan. Dalam banyak-banyak gerai tu, gerai ni la mendapat perhatian saya. Ada macam-macam pakaian dan alatan berkaitan taktikal yang dijual di sini. Holster, pouch, tali pinggang, vest, topi dan lain-lain.
Geram gak nak beli, tapi duit tak berapa nak ada so tengok je la. Vest warna hitam (yang ada perkataan POLICE) tu dia punya tag harga dalam RM180 kalau tak silap. Mahalnya!!!
Mungkin satu hari esok kalau ada duit lebih, boleh gak sambar sehelai dua. Hehehe...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
huhu lawo gek te..kitnye ngape mehel x pasal gitu?hehehe
Harga letok. Tak tau la bila dah tawor menawor... Banyok gek jenih mende dalan te. Ralit gek laaa...
molek weh...kang kena tuduh menyamar plak
Post a Comment