18 September 2009

Salam Raya Kepada Semua

Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya pada rakan-rakan Muslim dan selamat bercuti kepada semua. Maaf zahir dan batin.

Saya akan bercuti panjang dari 18 hingga 27 September 2009. Raya sakan la kata orang.


17 September 2009

Konvoi Buka Puasa Satria GTi Club Cawangan Pantai Timur

Cerita agak lama ni, Ahad lepas punya aktiviti. Saja je la nak bercerita. Memang seronok la, dapat berkonvoi ke negeri Terengganu. Memang la dekat je Kuantan dengan Kemaman, tapi feeling berkonvoi tu lain. Dah lama tak buat keje ni, so kali ni ada peluang cepat cepat sambar.

Berkumpul dengan kawan-kawan di stesen Petronas Balok, memang bagus la timing diaorang ni. Memang tepat pada masa, janji berkumpul jam 5.00 petang, memang sampai betul pada masanya. Dalam 5.20ptg gitu gerak dengan kekuatan 6 buah GTi dan sebuah Swift Sport adik saya, Firdaus (9W2FRD). Perjalanan mengambil masa dalam 40 minit saja untuk sampai ke destinasi di Kemaman, atas sikit dari Bandar Chukai.

Saya hari tu sebagai leader untuk konvoi (kami panggil Zero) dan Last Car Firdaus. Ramai yang puji Firdaus dengan cara dia menjadi Last Car. Informasi pun banyak so saya kat depan sentiasa dapat maklumat yang pantas tentang apa yang berlaku kat belakang.


Sebelum tu berhenti kejap di RnR Chendor untuk tunggu sorang lagi rakan GTi dari Kemaman (sebagai Tuan Rumah) pada hari tu. Kami tak tau restoran tu kat mana so kena la tunggu member sorang ni. Dia ambik alih sebagai Zero untuk sampai ke kedai tu.


Restoran tu memang besar, parking pun agak luas. Tapi sebab ramai sangat orang datang, abis melimpah. Siap double park lagi. Kereta kami terperangkap la kejap, mujur jugak datang awal, dapat parking cun sebelah menyebelahi antara satu dengan yang lain.


Makanan dia? Peh, memang sedap la. Berbaloi la kiranya belanja dalam RM20.00 untuk sorang dewasa. Itupun banyak berlebih, menu dia boleh tahan untuk hari tu. Thanks to Tuan Rumah, Jai atas menu istimewa yang kamu pesan. Tomyam dia berasap gak la... tapi sedap wooo...

 


Cuma, tak best sikit Firdaus dengan sepupu kami, Marwan (9W2WFA) dan seorang lagi rakan yang kebetulan ada di Kemaman, Rusdi (9W2RRB) tak dapat join kami sekali sebab dah penuh sangat dah meja kami tu. Memula depa dok kat meja lain, tapi alih-alih gi ke restoran seberang sebab tak dapat nak join sama. Sebenarnya, boleh sangat share lauk yang berlebih tu.....


Lepas makan, ada pulak surprise, kek harijadi saya la! 12hb 09 tarikh lahir saya, so rupanya isteri saya Zana (9W2RZS) ada buat satu rancangan nak buat kejutan kek coklat. Memang sedap gile kek tu, hehehe... Tima kasih laa, tak sangka langsung sebenornya.

Sebelum balik, kami singgah kejap kat waterfront (tak sure nama dia apa) untuk borak-borak sambil biar anak anak main kat taman permainan tepi tu. Ada gak la bincang nak buat apa lepas ni, kebanyakannya suggest lepas raya la.


Kami gerak balik kalau tak silap dalam 9pm lebih la (kantoi Terawih!!) ke destinasi masing-masing. Memang puas hati, dan syukur kepada Allah, semuanya berjalan dengan lancar dan selamat. Lain kali buat lagi!!!

Cerita dan gambar dari Firdaus kat blog Ham Kerayong/Bera tentang aktiviti ini pun ada. KLIK SINI

09 September 2009

Pakaian Taktikal Tiruan?


Saya ni minat gak dengan pakaian taktikal yang selalu askar atau polis atau pasukan keselamatan pakai. Nampak memang "exclusive" la, sebab orang kebanyakan biasanya tak dapat peluang nak pakai. Ini government issue, so tak jual kat kedai.

Tapi kebelakangan ini, banyak pembuat pakaian dah mula meniru pakaian sebegini dan replika atau salinan yang serupa dijual di pasaran terbuka. Saya tak pasti sama ada ini menyalahi peraturan, sebab macam pernah dengar kita tak boleh pakai pakaian celoreng tak tentu pasal. Tak tau la.


So, saja nak cerita je la ni. Kat Kuantan ada la macam bazar terbuka berhampiran terminal bas Kuantan. Dalam banyak-banyak gerai tu, gerai ni la mendapat perhatian saya. Ada macam-macam pakaian dan alatan berkaitan taktikal yang dijual di sini. Holster, pouch, tali pinggang, vest, topi dan lain-lain.

Geram gak nak beli, tapi duit tak berapa nak ada so tengok je la. Vest warna hitam (yang ada perkataan POLICE) tu dia punya tag  harga dalam RM180 kalau tak silap. Mahalnya!!!

Mungkin satu hari esok kalau ada duit lebih, boleh gak sambar sehelai dua. Hehehe...

02 September 2009

Kuih buat sendiri jugek yang sedap

Kalau saya balik ke rumah mertua, biasanya saya akan makan banyak. Tak tau la kenapa, tapi selalunya macam tu la, mungkin suasana dan aneka makanan kat situ kot? Kalau balik rumah orang tua saya pulak, sama jugak ceritanya. Mesti nak makan banyak. Kalau kat rumah sendiri di Pekan, sampai berkulat la roti tu tak bermakan.

Mungkin agaknya selera bertambah bila kita berdekatan dengan keluarga tersayang. Rasa selamat, rasa seronok, rasa senang hati biasanya kalau balik kampung ni. Masalah biasanya akan tolak tepi (tak selesai la lagi) tapi lupakan dulu. Peluang yang ada pun boleh kita guna untuk menziarahi orang tua dan bertanya khabar, tak lupa nak minta ampun atas segala kesilapan lampau.

Kebetulan masa balik rumah mertua bebaru ni, saya membantu di dapur (biasanya tido je kat sana). Sabtu baru ni kami buat 2 jenis kuih. Mak mertua kata, kuih "bodoh-bodoh" je. Kuih gula melaka dengan kuih qasidah. Hehehe.. tak tau la betul ke tak eja tu.

Kuih Qasidah ni, yang uniknya, rasa dia. Diperbuat dari tepung yang dicampur sedikit garam dan gula, dan yang unik sekali bila ditabur bawang goreng kat atas dia. Itu yang unik, sebab rasa dia manis masin dan berminyak berbawang! Herhehe....

Tapi sayang sekali, saya dapat makan sepotong je mase berbuka hari tu, sebab lupa nak bawak balik ke Pekan. Sepatutnya bungkus balik buat bersahur atau makan dalam perjalanan, tapi lupa. Mujur la kena jugak sepotong, kalau tak sia-sia je kacau bagai nak rak masa dalam pembikinan.