Si abang, Muhammad Fakrullah dan si adik, Muhammad Fadhlullah
Anak saya yang sulung tu, berumur 4 tahun. Dia ni bijak bercakap, ada je perkataan-perkataan yang dia bina kengkadang tu menggelikan hati. Memang penawar segala duka dan penyakit nengok gelagat dia. Dia suka bertanya, dan saya sedaya upaya menjawab dengan sebaik mungkin kepada dia, kerana saya tau dia ingin belajar. Saya tak suka beri jawapan sebarangan, tapi biasanya jawapan yang saya beri tu masuk akal, dan boleh diterima oleh anak saya ni.
Satu hari, masa kat kompleks membeli belah, kami sepatutnya makan dahulu sebelum berjalan-jalan di dalam tempat tu. Anak saya pada asalnya nak makan mi goreng (favourite dia). Dia ternampak taman permainan kanak-kanak berdekatan dengan tempat makan, maka dia mulalah taknak makan sebab nak pegi main.
Mi yang dipesan dah sampai, jadi kami beritau dia supaya makan dulu, baru pergi main. Dia kata, "Taknak, abang rasa macam nak muntah". Saya bertanya lagi, "Abis tu, tadi kenapa mintak mi kalau taknak makan?" Dia selamba je jawab, "Untuk hiasan je".
Memang saya ada pernah beri jawapan "untuk hiasan je" satu hari dulu. Nah, dia dah jawab balik apa yang kita pernah beritau dia. Budak sekarang, bijak!
