Ada masa saya nak cuba sorok/sembunyikan page element (atau widget) blog saya. Saya taknak buang, tapi nak sorok je. Kalau buang, nanti abis la semua settings dia. Dah susah payah buat, sayang pulak nak buang. Mungkin jugak saya perlukan ia semula nanti. So bila cuba cari-cari, saya jumpa satu cara yang mudah.


Mulanya kita identify page element mana yang kita nak sorok. Contoh kat bawah ni, saya nak sorok Chat Box saya ni. So saya dapatkan tajuk dia (yang kita isi masa kita nak taruk widget tu). Di sini, tajuk yang saya berikan hari tu ialah, "Real Time Chat".






Pergi ke dashboard anda, dan klik Settings -> Edit HTML.


Cari tajuk widget anda tadi, dalam kes saya, "Real Time Chat". Kalau guna FireFox, anda boleh tekan Ctrl-F dan satu kotak Find ada di bawah browser tu. Taip je nama widget yang nak dicari dan tekan Enter.

Dalam contoh saya, ini yang saya jumpai bila buat carian:

<b:widget id='HTML1' locked='false' title='Real Time Chat' type='HTML'/>

Perhatikan "widget id=HTML1" itu. Jadi ini bermakna, apa yang anda perlukan di sini ialah HTML1 itu. Ini adalah kod merujuk kepada widget itu.

Selepas itu, cari pula kod seperti di bawah ini (biasanya sebelah atas),

<b:skin><![CDATA[/*

Dan masukkan kod ini di sebelah bawah kod tadi,

#HTML1 {
display:none;
}

Dan 'save' kan template anda itu dan lihat hasilnya. Widget itu telah tersembunyi namun masih ada untuk anda sekiranya anda memerlukannya kembali. Hanya buang kod itu untuk mendapatkannya kembali. Mudah je kan?

Harap ini membantu!

Posted in Labels: , , , 4 comments Posted by Maza at 20:29  

Takde dah rasa segan...

(20 November 2009)

Kot ye pun nak bercinta, takyah la macam tu sekali. Dalam kereta pun jadi. Ngape la gamoknya bebudak muda macam ni, agaknya dah terlalu berani.





Masa gambor ni diamik, saya kat Kuantan. Diaorang ni amik kesempatan, masa lampu merah menyala di tengah jalan. Agaknya dah lama merindu, ini saat yang ditunggu-tunggu. Maklum saja, dah lama menanti saat itu.

Elok je bertudung, tapi cara tu nampak sangat serong.

Posted in Labels: , , 3 comments Posted by Maza at 01:12  

Logo HALAL

(14 November 2009)

Ada satu artikel dalam suratkhabar bebaru ni, pasal Logo Halal. Kita mungkin biasa nengok logo halal pada produk yang kita beli tiap-tiap hari. Tapi perasan ke tak, logo tu kengkadang gini, kengkadang gitu. Mana satu hok betuinye? Kengkadang kita ikut dan jek, asal ada jek tulis halal, kita pun beli.




Dalm artikel tu, ada disiarkan logo halal rasmi yang sebenarnya, seperti dikeluarkan JAKIM. Gambar di atas saya snap terus dari artikel tu. Perhatikan ciri-ciri dia dan kalau membeli barang tu, tengok betul-betul dulu. Tapi yelah, mende gini boleh ditiru, sedangkan logo guna stiker hologram pun orang tiru, ini pulak printing macam ni je.

Walaubagaimanapun, harap-harap kita lebih prihatin lepas ni.

Posted in 3 comments Posted by Maza at 23:31  

Rindu kat dia...

(12 November 2009)

Sebenarnya, saya ni teringat kat anak-anak saya. Rindu pulak rasanya. Diaorang ada di rumah mertua. Isteri berpantang di sana. Alhamdulillah, baru dapat baby boy pada 02 November lepas. Semuanya berjalan dengan baik, kecuali baby yang kuning sikit. Biasa la.


Si abang, Muhammad Fakrullah dan si adik, Muhammad Fadhlullah

Anak saya yang sulung tu, berumur 4 tahun. Dia ni bijak bercakap, ada je perkataan-perkataan yang dia bina kengkadang tu menggelikan hati. Memang penawar segala duka dan penyakit nengok gelagat dia. Dia suka bertanya, dan saya sedaya upaya menjawab dengan sebaik mungkin kepada dia, kerana saya tau dia ingin belajar. Saya tak suka beri jawapan sebarangan, tapi biasanya jawapan yang saya beri tu masuk akal, dan boleh diterima oleh anak saya ni.

Satu hari, masa kat kompleks membeli belah, kami sepatutnya makan dahulu sebelum berjalan-jalan di dalam tempat tu. Anak saya pada asalnya nak makan mi goreng (favourite dia). Dia ternampak taman permainan kanak-kanak berdekatan dengan tempat makan, maka dia mulalah taknak makan sebab nak pegi main.

Mi yang dipesan dah sampai, jadi kami beritau dia supaya makan dulu, baru pergi main. Dia kata, "Taknak, abang rasa macam nak muntah". Saya bertanya lagi, "Abis tu, tadi kenapa mintak mi kalau taknak makan?" Dia selamba je jawab, "Untuk hiasan je".

Memang saya ada pernah beri jawapan "untuk hiasan je" satu hari dulu. Nah, dia dah jawab balik apa yang kita pernah beritau dia. Budak sekarang, bijak!

Posted in Labels: , 5 comments Posted by Maza at 22:06  

P9260173_2


Biasala kalau sekarang ni kita dengar orang mengeluh, "Hissshhh... bebudak muda sekarang ni, tak macam dulu-dulu! Makin menjadi-jadi perangai!". Macam-macam la masalah yang budak-budak zaman sekarang ni buat. Dengan masalah dadah, arak, runtuh moral, jenayah dan lain-lain. Kita selalu sangat mengata kat diaorang.

Tapi kita ingat ke tidak? Siapa yang besarkan diaorang semua ni? Bukan kita ke?

Pernah tak kita tanya diri kita, kita bagi makan kat diaorang hari tu, hasil dari kerja kita yang halal ke? Atau hasil rasuah dan hasil penipuan? Takpun, adakah ia datang dari hasil subahat kita menipu invois atau menyeleweng masa nak buat tuntutan (claim) perjalanan?

Nampak macam kecik je kan? Tuang minyak RM20 je, tapi suruh la si atendan pam minyak tu tulis RM50. Pastu claim kat kompeni RM50. Wah, senang-senang dapat RM30. Easy money man!! Fuh, pedas tuu... mesti pedas kepada sesetengah yang makan lada. Saya ni bukanla baik sangat, saya sendiri pun pernah buat (hanya sekali atau dua je la). Atas kesedaran inilah saya ingin berubah. Mohlah kita sama-sama hentikan buat menda gini.

Hasil 'keuntungan' RM30.00 tu beli pulak makanan. Nasi ayam 4 bungkus, biskut tawar setin, air milo ais. Balance tu masuk tabung. Nasi ayam bagi makan anak dengan isteri pulak. Macam mana kira tu? Hasil makanan yang datang dari 'keuntungan' tadi menjadi darah dan daging anak isteri.

Kalau kerap sangat macam tu, jangan pelik pulak nanti bila isteri tak dengar nasihat atau anak tak dengar kata. Mungkin juga mereka ni menjadi keras kepala dan tak hormat pada orang tua. Salah siapa pulak ye? Salah zaman sekarang ke? Saya rasa, banyak percentage kesalahan tu terletak kat bahu kita. Mungkin tak 100%, tapi besar percentage dia.

Ya, melentur buluh, biarlah dari rebungnya. Tapi, untuk melentur buluh itu, pengisian di dalamnya (macam makanan, tunjuk ajar) mestilah datang dari sumber yang bersih. Hasil pendapatan yang baik dan tidak menganiaya orang lain. Harap-harap hasil kerja atau gaji kita, diklasifikasikan sebagai halal dan diredhai Allah untuk kita makan dan guna. Bagi saya, halal ini besar pengertian dan kupasannya. Marilah kita sama-sama berusaha ke arah mendapat keredha'an Illahi, amiiin.

Muhasabah diri! Anda buat, anda dapat! Hehehehe.... pinjam kata-kata Dato' Ustazah Siti Norbaiyah (maaf jika ejaan nama beliau ada kesilapan).

Posted in Labels: , , , 8 comments Posted by Maza at 08:48  

Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan baik.

2 Blog abang dan adik saya dah banyak menceritakan tentang perkara ni. Boleh rujuk kat sini :


Saya taknak la cerita benda yang sama, tapi nak jugak cerita benda yang berkaitan, yang bagi saya menarik untuk dikongsi.

CW Keyer buatan sendiri (homebrewed). Ho 9W2HOO ada bawa dua kekunci ni ke Kuala Lumpur dan saya sempat la nak test alat ni. Simple je, tapi memang berkesan. Tone yang dikeluarkannya pitch tinggi, tapi memang menusuk telinga la. Hehehehe..




Ini kerja-kerja real ham radio, bila dah mula buat antena sendiri, keyer sendiri dan lain-lain. Tidak hanya sekadar QSO sahaja di jaluran. Syabas buat abang Ho.

Fuh, yang ni Yaesu VX8. Kalau la harga dia murah, dah lama sambar. Memang berminat betul tapi apa kan daya, takde kemampuan lagi. Yang mampu hanya pegang, amik gambar dan simpan buat kenangan. Takpe, satu hari nanti, insya Allah akan dapat satu. Ni Pak Nordin 9M2NM punya. Siap ada GPS unit tu. Tengok kat display dia, itu koordinat kami masa kat parking lot MCMC.




Ada jugak rakan yang bawak klasik punya Power Meter. Memang antik dan dikatakan amat tepat ukuran dia. Saya nak describe pun tak reti, tapi memang kelas la barang dia. Berat pulak tu. Hehehe...



Ada juga yang bawa paddle CW keyer. Fuh memang berair mulut la bila pandu uji jenis ni. Rare, susah nak dapat katanya. Ada yang sanggup bayar 6-7 ratus untuk jenis ni. Banyak function, WPM speed, narrow atau wide touch, volume dan lain-lain. Dapat gak la buat huruf L sepantas kilat. Jari pun tak letih... hehehe...




Ni pulak keadaan dalam dewan ujian (MCMC punya dewan auditorium). Tengah standby untuk ujian penerimaan. Susunan dia macam ni la, selang (atau orang Pahang panggil "tengke") beberapa buah kerusi depan dan belakang calon di asingkan. Tu kelihatan calon-calon yang gementar dan over confident pun ada hehehe.. Tu muka yang paling jelas tu 9W2SZA. Tak berjaya, tapi akan cuba lagi tahun depan - cayalah!!



 

Ni gambar rakan-rakan yang berjaya lulus ujian penghantaran. Amik peluang untuk dapatkan tandatangan 9M kat borang, walaupun masih awal, mana yang lulus tu nak prepapre siap-siap nanti senang. Maklumlah, Pak Nordin 9M2NM susah nak tangkap, jadi cepat-cepat mintak dia sign. Lagi sorang 9M tu bang Mazru 9M2MZR pun dah turunkan tandatangan dia.



Akhir sekali, tahniah pada yang berjaya, dan cuba lagi pada yang tidak. Terima kasih kepada ramai rakan yang datang memberi sokongan terutrama kepada bang Mazru 9M2MZR, bang Vizal 9W2VMS dan Pak Nordin 9M2NM. Tidak lupa pada otai 9M dan rakan-rakan 9W yang lain. You rock!

Posted in Labels: , , , 5 comments Posted by Maza at 10:18  

Salam Raya Kepada Semua

(18 September 2009)

Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya pada rakan-rakan Muslim dan selamat bercuti kepada semua. Maaf zahir dan batin.

Saya akan bercuti panjang dari 18 hingga 27 September 2009. Raya sakan la kata orang.


Posted in Labels: 2 comments Posted by Maza at 13:01  

 
Copyright 2005-2007. Hello Wiki designed by Fen, Blogger Templates by Blog Tutorial.