16 October 2009

Melentur buluh biar dari rebungnya

P9260173_2


Biasala kalau sekarang ni kita dengar orang mengeluh, "Hissshhh... bebudak muda sekarang ni, tak macam dulu-dulu! Makin menjadi-jadi perangai!". Macam-macam la masalah yang budak-budak zaman sekarang ni buat. Dengan masalah dadah, arak, runtuh moral, jenayah dan lain-lain. Kita selalu sangat mengata kat diaorang.

Tapi kita ingat ke tidak? Siapa yang besarkan diaorang semua ni? Bukan kita ke?

Pernah tak kita tanya diri kita, kita bagi makan kat diaorang hari tu, hasil dari kerja kita yang halal ke? Atau hasil rasuah dan hasil penipuan? Takpun, adakah ia datang dari hasil subahat kita menipu invois atau menyeleweng masa nak buat tuntutan (claim) perjalanan?

Nampak macam kecik je kan? Tuang minyak RM20 je, tapi suruh la si atendan pam minyak tu tulis RM50. Pastu claim kat kompeni RM50. Wah, senang-senang dapat RM30. Easy money man!! Fuh, pedas tuu... mesti pedas kepada sesetengah yang makan lada. Saya ni bukanla baik sangat, saya sendiri pun pernah buat (hanya sekali atau dua je la). Atas kesedaran inilah saya ingin berubah. Mohlah kita sama-sama hentikan buat menda gini.

Hasil 'keuntungan' RM30.00 tu beli pulak makanan. Nasi ayam 4 bungkus, biskut tawar setin, air milo ais. Balance tu masuk tabung. Nasi ayam bagi makan anak dengan isteri pulak. Macam mana kira tu? Hasil makanan yang datang dari 'keuntungan' tadi menjadi darah dan daging anak isteri.

Kalau kerap sangat macam tu, jangan pelik pulak nanti bila isteri tak dengar nasihat atau anak tak dengar kata. Mungkin juga mereka ni menjadi keras kepala dan tak hormat pada orang tua. Salah siapa pulak ye? Salah zaman sekarang ke? Saya rasa, banyak percentage kesalahan tu terletak kat bahu kita. Mungkin tak 100%, tapi besar percentage dia.

Ya, melentur buluh, biarlah dari rebungnya. Tapi, untuk melentur buluh itu, pengisian di dalamnya (macam makanan, tunjuk ajar) mestilah datang dari sumber yang bersih. Hasil pendapatan yang baik dan tidak menganiaya orang lain. Harap-harap hasil kerja atau gaji kita, diklasifikasikan sebagai halal dan diredhai Allah untuk kita makan dan guna. Bagi saya, halal ini besar pengertian dan kupasannya. Marilah kita sama-sama berusaha ke arah mendapat keredha'an Illahi, amiiin.

Muhasabah diri! Anda buat, anda dapat! Hehehehe.... pinjam kata-kata Dato' Ustazah Siti Norbaiyah (maaf jika ejaan nama beliau ada kesilapan).

8 comments:

UNIVERSITI MENGKARAK said...

Kawan sokong amat...
Moh kita penuhkan masjid...

Maza said...

Weh... tau tau dah ada 2 anok yek? Hehehe... beh la aok gi Istanbul...

Fadh Rahman said...

betul...klau dah jadi buluh, usahkan nak lentur, kerat pun payah.

bikrayong said...

betui fadh, klu dah jadi buluh te boleh buat lemang jek lah.betui te maza, melentur buluh biarlah dari rebung,alhamdulillah aok ada kesedaran tentang tu. jangan nnti bila anak jadi liar kita dok menyalahkan org lain.hidup kita didunia ni biar jadi ikan dilaut, walupun idup dlm air masin tapi daging ikan tak masin, sedap dimakan.

mazru said...

hmm..mendalam tu weh..sokong sgt dgn kate-kate mama

UNIVERSITI MENGKARAK said...

lama tak update bolg....sibuk amat ker?

UNIVERSITI MENGKARAK said...

Lama tok update ....weih...sibuk amat ke?

didie said...

waaa betol betol betol....