24 November 2009

Sorok Widget Anda Tanpa Membuangnya (Hide Page Element)

Ada masa saya nak cuba sorok/sembunyikan page element (atau widget) blog saya. Saya taknak buang, tapi nak sorok je. Kalau buang, nanti abis la semua settings dia. Dah susah payah buat, sayang pulak nak buang. Mungkin jugak saya perlukan ia semula nanti. So bila cuba cari-cari, saya jumpa satu cara yang mudah.


Mulanya kita identify page element mana yang kita nak sorok. Contoh kat bawah ni, saya nak sorok Chat Box saya ni. So saya dapatkan tajuk dia (yang kita isi masa kita nak taruk widget tu). Di sini, tajuk yang saya berikan hari tu ialah, "Real Time Chat".






Pergi ke dashboard anda, dan klik Settings -> Edit HTML.


Cari tajuk widget anda tadi, dalam kes saya, "Real Time Chat". Kalau guna FireFox, anda boleh tekan Ctrl-F dan satu kotak Find ada di bawah browser tu. Taip je nama widget yang nak dicari dan tekan Enter.

Dalam contoh saya, ini yang saya jumpai bila buat carian:

<b:widget id='HTML1' locked='false' title='Real Time Chat' type='HTML'/>

Perhatikan "widget id=HTML1" itu. Jadi ini bermakna, apa yang anda perlukan di sini ialah HTML1 itu. Ini adalah kod merujuk kepada widget itu.

Selepas itu, cari pula kod seperti di bawah ini (biasanya sebelah atas),

<b:skin><![CDATA[/*

Dan masukkan kod ini di sebelah bawah kod tadi,

#HTML1 {
display:none;
}

Dan 'save' kan template anda itu dan lihat hasilnya. Widget itu telah tersembunyi namun masih ada untuk anda sekiranya anda memerlukannya kembali. Hanya buang kod itu untuk mendapatkannya kembali. Mudah je kan?

Harap ini membantu!

4 comments:

saharul said...

idea yg bagus jugak tu.....nanti koi cube try test tengok ....

Maza said...

Ha terai la, kot kot emboh jadi. Kawan buat jadi, tapi kat blog ni tak jadi pulok.. hehehe...

Blog lain jadi. Mungkin template gamoknya..

Fadh Rahman said...

koi nk carik kod html yg xbg org lain copy paste apa yg kita tulis kat blog dan save as gambor yg kita upload kat blog...ande?

mazru said...

menarik..tp koi suke sume widget koi tu..kalo tak suke koi remove je..

tp cara ni lebih praktikal..

bagus.